Cabaran harun...

Cabaran harungi kekurangan

ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

 

NOVEL Forget Me Not adalah sebuah novel yang dihasilkan oleh penulis Ellie Terry. Novel ini mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang menghidap sindrom Tourette, di mana dia bergelut untuk menyesuaikan diri dan menyembunyikan perbezaannya daripada rakan sebaya di sekolahnya.

Calliope June adalah seorang gadis yang menghidap sindrom Tourette, oleh kerana itu kadang-kadang dia tidak dapat mengawal bunyi-bunyian yang keluar daripada mulutnya dan juga pergerakan-pergerakan tubuhnya sendiri.

Calliope dan ibunya sering tinggal berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Apabila mereka berpindah sekali lagi, Calliope cuba untuk menyembunyikan keadaan yang dihidapinya di sekolah.

Novel Forget Me Not mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang menghidap sindrom Tourette, di mana dia bergelut untuk menyesuaikan diri dan menyembunyikan perbezaannya daripada rakan sebaya di sekolahnya.
Novel Forget Me Not mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang menghidap sindrom Tourette, di mana dia bergelut untuk menyesuaikan diri dan menyembunyikan perbezaannya daripada rakan sebaya di sekolahnya.

Akan tetapi lambat laun rakan-rakan sekelasnya menyedari bahawa terdapat perbezaan pada diri Calliope. Hanya jirannya yang juga selaku presiden kelas yang menerima Calliope seadanya, seorang gadis yang aneh namun juga seorang sahabat yang baik. Walau bagaimanapun, beranikah dia menunjukkan tali persahabatan itu pada khalayak ramai?

Menghadapi cabaran kehidupan di sekolahnya, Calliope juga harus berdepan dengan tali hubungan baru ibunya yang mungkin akan menyebabkan mereka berpindah sekali lagi tatkala dia baru sahaja mendapat teman-teman baru yang dapat menerima perbezaannya.