Cabaran IronKids Cungkil bakat cilik

Cabaran IronKids Cungkil bakat cilik

LANGKAWI, 13 Nov (Bernama) – Lebih 100 peserta cilik menyertai Ironkids yang julung kali dianjurkan sempena Kejohanan Ironman Langkawi 2015 yang akan berlangsung esok.

Ironkids yang bermula pukul 8 pagi tadi disertai oleh kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun yang mana merupakan anak kepada para atlet Kejohanan Ironman Langkawi 2015.

Peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5 hingga 10 tahun dan 11 hingga 12 tahun dan mereka perlu berlari sejauh 1 kilometer di sekitar Pantai Cenang.

Majlis pelepasan dilaksanakan oleh Juara Ironman Dunia sebanyak 12 kali, Cameron Brown dari New Zealand.

Sebahagian peserta cilik yang mengambil bahagian dalam acara ‘Ironkids’ cuba menghabiskan larian sejauh 1km di sekitar Pantai Cenang, Langkawi, sempena kejohanan Ironman Langkawi 2015 yang akan berlangsung esok. – Bernama
Sebahagian peserta cilik yang mengambil bahagian dalam acara ‘Ironkids’ cuba menghabiskan larian sejauh 1km di sekitar Pantai Cenang, Langkawi, sempena kejohanan Ironman Langkawi 2015 yang akan berlangsung esok. – Bernama

Hasil tinjauan Bernama mendapati, Ironkids mendapat sambutan hangat apabila ibu bapa memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka dengan turut sama berlari di samping mereka sambil memberi kata-kata semangat.

Semua peserta berjaya menghabiskan larian dalam masa kira-kira 45 minit dan masing-masing membawa pulang pingat dan sijil penyertaan.

Esok, kira-kira 1,100 atlet dari 53 negara akan berentap memburu gelaran juara Kejohanan Ironman Langkawi 2015 edisi ke-13 yang membabitkan tiga displin perlumbaan iaitu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.

ARTIKEL YANG SAMA