Cabaran Kampung Bebuloh

Cabaran Kampung Bebuloh

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

TUTONG, 28 Mac – Dengan menamatkan cabaran dalam masa satu jam, 24 minit dan 26 saat, Awang Benny dinobatkan sebagai juara Bebuloh Obstacle Course Challenge yang diadakan di Kampung Bebuloh, kelmarin.

Manakala, Awang Muhd Arip bin Pehin Sulaiman dengan mencatat masa satu jam, 15 minit dan lima saat menduduki tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Cecilia Maksimon dengan catatan masa satu jam, 26 minit dan lapan saat.

Seramai 60 orang peserta telah mengikuti cabaran yang buat pertama kalinya diadakan di negara ini bersempena dengan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32 tahun.

Hadir selaku tetamu kehormat dan berkesudian menyempurnakan perasmian cabaran tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Para peserta cabaran ketika berlepas di tempat bermula.
Para peserta cabaran ketika berlepas di tempat bermula.
Rintangan bukit yang begitu mencabar para peserta.
Rintangan bukit yang begitu mencabar para peserta.
Salah satu cabaran yang perlu dirintangi oleh peserta.
Salah satu cabaran yang perlu dirintangi oleh peserta.
Pemenang pertama, Benny (kiri), Naib Johan pula Awang Muhd Arif dan tempat ketiga, Cecilia Maksimon (tengah).
Pemenang pertama, Benny (kiri), Naib Johan pula Awang Muhd Arif dan tempat ketiga, Cecilia Maksimon (tengah).

Sebagai mempromosikan aktiviti kesihatan, Kampung Bebuloh adalah lokasi yang ideal untuk sukan treking di mana para peserta perlu mengharungi cabaran sejauh 10km merentasi kawasan sawah padi Kampung Bebuloh.

Antara cabaran yang diharungi oleh para peserta ialah jungle trek termasuk mendaki bukit.

Salah seorang penganjur, Awang Muhd Amir bin Rawi yang juga selaku jawatankuasa pertandingan menyatakan, acara itu adalah satu-satunya acara seumpamanya yang pernah dianjurkan di negara ini.

“Perlumbaan itu inspirasi daripada pengalaman para peserta dalam beberapa cabaran di luar negara seperti Spartan Race dan Obstacle Race di Malaysia. Kami melihat Kampung Bebuloh dan lokasinya yang berbukit-bukau amat ideal untuk mengadakan acara sukan seumpamanya,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA