Cabaran Kedudukan 9 Bola Kebangsaan BCSA 29-30 Oktober

Cabaran Kedudukan 9 Bola Kebangsaan BCSA 29-30 Oktober

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Persatuan Sukan Cue Brunei Darussalam (BCSA) hari ini mengumumkan penganjuran Cabaran Kedudukan 9 Bola Kebangsaan BCSA 2016 yang akan bermula pada 29 hingga 30 Oktober 2016 nanti.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden BCSA, Awang Kamarul Ariffin bin Haji Arpan ketika ditemui bersama Setiausaha, Johny Chong, pengarah kejohanan, Awang Hamdillah dan Annuar di Dewan Biliard II di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.

Menurut beliau lagi, siri cabaran kejohanan tersebut akan bermula pada 17 April ini di Fullcan Pool and Snoocker Centre, di mana pendaftaran bagi siri cabaran pertama pada 13 April 2016,” ujarnya kepada Media Permata.

Presiden BCSA (dua dari kiri) dan Setiausaha BCSA (Dua dari kanan) bersama dua pengarah kejohanan ketika di temui hari ini.
Presiden BCSA (dua dari kiri) dan Setiausaha BCSA (Dua dari kanan) bersama dua pengarah kejohanan ketika di temui hari ini.

Yuran penyertaan bagi pemegang kad pintar Kuning dan Merah adalah sebanyak $20 bagi setiap perlawanan dan $10 bagi yang berumur di bawah 18 tahun. Sementara itu bagi pemegang kad pintar hijau pula dikenakan sebanyak $30 dan $15 bagi penyertaan bawah 18 tahun.

Cabaran kali ini dijayakan oleh BCSA dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, para peserta boleh menghubungi Awang Hamdillah di talian 8904319 atau Awang Annuar di talian 8633734.