Cabaran memasak di Freshco Ahad ini

Cabaran memasak di Freshco Ahad ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Buat julung-julung kalinya, Freshco akan menganjurkan Cabaran Memasak yang dibukakan kepada semua ibu dan anak yang berkongsi minat memasak pada 10 Mei ini di Freshco, Batu Satu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Freshco, para peserta akan memasak dua jenis hidangan yang telah ditetapkan oleh cef, dan kriteria penghakiman termasuk rasa, penampilan dan kemahiran, yang akan dihakimi oleh barisan panel hakim terdiri daripada cef-cef berkelayakan dari beberapa restoran di Freshco.

Sehubungan itu, mereka yang berminat perlu menunjukkan mana-mana resit pembelian dari kedai-kedai di Freshco untuk mendaftar, dan pemenang cabaran berkenaan akan menerima baucar-baucar.

Cabaran ini dianjurkan dengan kerjasama Philips yang sinonim dengan perkakasan rumah berkualiti pada harga mampu milik. Pada masa ini jerayawara Philips sedang berjalan di Frescho.

pg11_150509_d

Freshco dalam kenyataannya menyatakan bahawa mereka menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak setiap minggu, yang mana ia bukan sahaja direka bagi menghiburkan mereka tetapi juga mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

Aktiviti akan datang termasuk “Fly with the Junior Super Heroes” pada 17 Mei, dan pembuatan piza pada 31 Mei.

Kanak-kanak yang mengikuti aktiviti-aktiviti berkenaan akan mendapat untuk menjadi ahli Kelab Kanak-kanak Freshco, yang mana mereka akan mendapat keistimewaan seperti diskaun dan jemputan-jemputan eksklusif.

ARTIKEL YANG SAMA