Cabaran menangani perubahan cuaca di Shanghai

Cabaran menangani perubahan cuaca di Shanghai

KEBANYAKAN menara-menara di Shanghai bercahaya dan memperlihatkan pusat komersial China namun telah terdedah kepada perubahan iklim dan bandar itu kini, membelanjakan berbilion-bilion yuan untuk cuba melindungi bandarnya, namun para pakar berkata disebabkan oleh sistem autoritarian negara yang tersembunyi, membuatkan ianya lemah untuk dilakukan. Menurut laporan tahun lalu oleh Climate Central, kumpulan penyelidik yang beribu pejabat di AS, bandar yang berdekatan dengan laut itu berhadapan rsiko daripada paras laut yang semakin meningkat. Peningkatan dua darjah celsius dalam suhu global akan membanjiri tanah yang pada masa ini didiami oleh 11.6 juta orang, kata Climate Central sambil menambah bahawa setakat ini ia merupakan yang tertinggi di dunia.

Kenaikan empat celsius akan menyaksikan lonjakan kepada 22.4 juta. Panel Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berhubung dengan Perubahan Iklim menyenaraikan Shanghai antara bandar-bandar di Asia yang dijangka paling terdedah pada banjir pantai menjelang tahun 2070.

Shanghai telah pun berusaha sedaya upaya untuk mengukuhkan dirinya daripada turunan hujan yang kian bertambah yang menurut para pegawai bandar tersebut.

“Dalam tempoh dua tahun lalu kami kerap melihat lebih 100 milimeter turunan hujan dalam tempoh satu jam, namun bandar kami hanya memiliki kapasiti untuk menangani 36 milimeter,” Zhang Zhenyu, timbalan pengarah Ibu pejabat Kawalan Banjir Shanghai memberitahu AFP ketika kakitangan meneliti data cuaca.

“Terutamanya tahun ini dengan kepanasan global, cuaca Shanghai telah menyaksikan perubahan dramatik.”

Persekitaran semakin menjadi isu politik penting di China yang kerap diselimuti pencemaran yang melemaskan. – AFP
Persekitaran semakin menjadi isu politik penting di China yang kerap diselimuti pencemaran yang melemaskan. – AFP

m7-china-4_14112016

Kerja akan bermula tahun ini ke atas terowong bawah tanah bernilai 40 bilion yuan di bawah anak sungai Suzhou, Shanghai untuk menangani turunan hujan berlebihan dan sepanjang 135 kilometer dari lebih 500 kilometer tembok laut akan diperkukuhkan.

Satu versi pemandangan

Persekitaran semakin menjadi isu politik penting di China yang kerap diselimuti pencemaran yang melemaskan, yang mengundang kemarahan meluas orang ramai. Di Sungai Huangpa, Shanghai, para penduduk bersantai di pagi yang cerah di antara rumput-rumput buluh tinggi dan air tenang di taman tanah lembap di bekas tapak perindustrian untuk bertahan dari banjir dan membersihkan sungai yang tercemar.

Namun itu hanyalah bahagian kecil dermaga dan pakar-pakar menekankan perubahan iklim yang mudah berubah yang terlepas perhatian, yang mewujudkan ‘Tempoh pendek yang bahaya’ dalam membuat keputusan, menurut Cleo Paskal, pakar sumber tenaga, persekitaran dan sumber di Chantham House, kumpulan pemikir.

Sebagai contoh, dia merujuk kepada pemberian kebenaran bagi pembinaan kolam pengurungan kimia toksik berhampiran kawasan yang ramai penduduk di sepanjang pantai yang mudah terdedah kepada bahaya.

Penapisan adalah satu lagi isu, menurut Li Yifei, penolong profesor pengajian persekitaran di New York University Shanghai, dengan penyelidikan persekitaran dianggap terlalu sensitif yang berisiko ditegah daripada penerbitan dan hanya pegawai kerajaan memperolehinya dan bukannya para penyelidik lain. Memandangkan kekayaan bandar itu, para pemimpin komunis Shanghai boleh menggunakan jumlah besar dalam projek kejuruteraan banjir, menurutnya, namun kelemahan institusi bererti para pegawai menumpu pada ancaman jelas seperti banjir, yang boleh mencetuskan kemarahan dan kekacauan.

Di Sungai Huangpa, Shanghai, para penduduk bersantai pada pagi yang cerah di antara rumput-rumput buluh tinggi dan air tenang di taman tanah lembap di bekas tapak perindustrian. – AFP
Di Sungai Huangpa, Shanghai, para penduduk bersantai pada pagi yang cerah di antara rumput-rumput buluh tinggi dan air tenang di taman tanah lembap di bekas tapak perindustrian. – AFP

m7-china-5_14112016

Lebih banyak masalah yang tidak dapat dilihat seperti biodiversiti berisiko tidak diendahkan, kata Li.

“Apa yang penting untuk difikirkan ialah perubahan iklim yang menjejaskan keseluruhan masyarakat, ia menjejaskan banyak bahagian dan pasti lebih daripada pembaikan tetambak dan penyaliran,’ ujarnya lagi. “Ia tidak memasuki wawasan struktur autoritarian dan kerana itu, isu-isu ini tidak ditangani dengan teratur.”

Terdedah dengan luas

Para pembela melihat keinginan pihak berkuasa komunis untuk memastikan kestabilan sosial sebagai mendorong mereka untuk cuba mengurangkan bencana alam.

“Jika beribu-ribu keluarga biasa dilanda banjir dan surat khabar dan televisyen berada di situ menghebahkan, maka kerajaan akan berdepan tekanan teruk,” kata Dai Xingyi, profesor sains persekitaran di Universiti Fusan dan anggota parti memerintah.

Tetapi peraturan ke atas NGO asing di China menyumbang kepada ranking Shanghai teruk dari Dhaka dalam kajian 2012 ke atas keadaan sembilan buah bandar mudah terdedah kepada banjir yang disiarkan dalam jurnal Natural Hazard.(Bahaya Alam Semula jadi). – AFP