Cabaran Off-Road A’bangsa Borneo Safari 2015

Cabaran Off-Road A’bangsa Borneo Safari 2015

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Rombongan pacuan empat roda di bawah sokongan Suzuki di Negara Brunei Darussalam, hari ini telah berlepas ke Sabah Malaysia, bagi menyertai Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari 2015 yang akan bermula 25 Oktober ini hingga 1 November 2015.

Pelepasan rombongan berkenaan telah diadakan di Bilik Pameran Boustead, Beribi, yang disempurnakan oleh Pengurus Cawangan, James Wong.

James Wong dalam kenyataan yang diberikan menjelaskan bahawa pertandingan ini merupakan platform yang baik untuk melihat sendiri keupayaan dan ketahanan daripada kenderaan berjenama Suzuki.

Borneo Safari dianjurkan oleh Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sabah dan kerajaan Persekutuan Malaysia untuk mempromosikan sukan bermotor yang lasak dan menggalakkan budaya, pengembaraan dan alam semula jadi di Sabah.

Sesi bergambar ramai rombongan pacuan empat roda di bawah sokongan Suzuki sebelum berlepas ke Sabah bagi menyertai Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari 2015, bermula 25 Okt ini hingga 1 Nov 2015.
Sesi bergambar ramai rombongan pacuan empat roda di bawah sokongan Suzuki sebelum berlepas ke Sabah bagi menyertai Cabaran Off-Road Antarabangsa Borneo Safari 2015, bermula 25 Okt ini hingga 1 Nov 2015.

Pasukan Brunei akan mengambil bahagian di bawah kategori ekspedisi untuk merebut beberapa anugerah seperti Anugerah Team Spirit The Borneo Safari, Anugerah Jungleman The Borneo Safari, Anugerah Junglewoman The Borneo Safari, Anugerah Alam Sekitar Safari The Borneo dan Anugerah Kenderaan The Borneo Safari.

ARTIKEL YANG SAMA