Cabaran Tour De Siak

Cabaran Tour De Siak

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 15 Sept – Dua pengayuh basikal tempatan dari Kelab Basikal Belait telah bertolak ke Indonesia untuk menyertai Perlumbaan Tour De Siak yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok.

Peserta tersebut, Awang Reduan Yusof dan Awang Hadrie Morsidi, merasa sangat bertuah kerana ini merupakan kali pertama kelab tempatan diundang untuk menyertai Tour De Siak Sri Indrapura 2015, yang akan diadakan di Pekan Baru, Sumatera di Indonesia, dengan tiket penerbangan mereka ditaja oleh Geotrax Company.

Menurut mereka, perlumbaan yang akan melibatkan pesertanya mengayuh basikal di kawasan pedalaman Riau, dijangka akan mencabar pengalaman mereka, bagaimanapun mereka akan berusaha untuk mengharumkan nama kelab mereka amnya dan negara khususnya.

Dua pengayuh basikal dari Kelab Basikal Belait berlepas ke Indonesia untuk menyertai Perlumbaan Tour De Siak Indonesia.
Dua pengayuh basikal dari Kelab Basikal Belait berlepas ke Indonesia untuk menyertai Perlumbaan Tour De Siak Indonesia.

Perlumbaan tersebut yang didaftarkan di dalam kalendar Persekutuan Basikal Indonesia, telah membuka penyertaan untuk elit lelaki, di mana dalam sebuah kumpulan seramai lima pengayuh basikal dan tiga pegawai, dengan maksimum kumpulan yang diundang menyertai perlumbaan itu sebanyak lebih 20 termasuk lapan kumpulan tempatan, selebihnya dari luar negara.

Peringkat pertama perlumbaan bermula esok sejauh 154.18 kilometer, di Simpang Dayun, manakala peringkat kedua Siak Perawang sejauh 182.12 kilometer, Siak ketiga di Sungai Apit sejauh 115.45 kilometer dan peringkat keempat Siak Circuit Race sejauh 87.28 kilometer.

ARTIKEL YANG SAMA