Cabin Services ‘A’ juarai kejohanan futsal RB

Cabin Services ‘A’ juarai kejohanan futsal RB

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jan – Cabin Services ‘A’ muncul juara Kejohanan Futsal Antara Jabatan Royal Brunei Airlines (RB) 2016 apabila menang sepakan penalti penentuan 1-0 ke atas Ground Services ‘A’ selepas perlawanan masa sebenar berakhir 1-1.

Ia menjadi pembalasan dendam manis buat Cabin Services ‘A’ kerana Ground Services ‘A’ berjaya mengalahkannya dengan jaringan 2-1 di peringkat kumpulan dalam Kumpulan A.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga sebelum itu, Ground Services ‘B’ mengulangi keputusannya dalam peringkat kumpulan iaitu Kumpulan B apabila turut berjaya menewaskan Finance & MIS dengan jaringan 2-1 untuk memenangi tempat ketiga.

Hadir menyaksikan kejohanan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) berkenaan dan kemudiannya menyempurnakan penyampaian piala dan pingat kepada tiga pasukan terbaik ialah
Ketua Kualiti, Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar, RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid.

Ketua Pasukan Cabin Services ‘A’ menjulang Piala Juara Kejohanan Futsal Antara Jabatan RB 2016 selepas menerimanya dari Kapten Sabirin.
Ketua Pasukan Cabin Services ‘A’ menjulang Piala Juara Kejohanan Futsal Antara Jabatan RB 2016 selepas menerimanya dari Kapten Sabirin.

Sejumlah 10 buah pasukan yang mewakili jabatan masing-masing telah menyertai kejohanan sehari berkenaan dan telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan yang mengandungi lima buah pasukan setiap kumpulan.

Bersaing dalam Kumpulan A ialah Cabin Services ‘A’, Engineering, Ground Services ‘A’, Corporate Services dan Flight Ops ‘A’, manakala berentap dalam Kumpulan B ialah Commercial, Finance & MIS, Ground Services ‘B’, Cabin Services ‘B’ dan Flight Ops ‘B’.

Kejohanan anjuran Ahli Jawatankuasa RB Futsal 2015/2016 berkenaan antara lain bertujuan bagi mencungkil bakat dan potensi dalam kalangan warga kerja RB untuk diserapkan ke dalam skuad RB Futsal sebagai persediaan menyertai Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD).

Ia juga bertujuan bagi meningkatkan mutu sukan futsal dalam kalangan pemain di samping memberi peluang kepada mereka untuk mengeratkan silaturahim sesama pemain dari setiap jabatan.

ARTIKEL YANG SAMA