Cabul kehormatan budak 13 tahun

Cabul kehormatan budak 13 tahun

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160414_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh berusia 45 tahun berkenaan, yang memohon mahkamah untuk melepaskannya dengan ikat jamin.

Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman bagaimanapun menolak permohonan tertuduh apabila Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo mahu tertuduh ditahan reman di Balai Polis Pusat sehingga siasatan selesai dijalankan.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan untuk mencabul mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada Disember 2015 antara jam 2 hingga 4:30 pagi di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Panchor, Mengkubau.

Majistret Hajah Ervy menetapkan 18 April untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA