Cabul kehormatan, lelaki Bangladesh ditahan reman

Cabul kehormatan, lelaki Bangladesh ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Seorang lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita warga Filipina.

Lotfar Rahman Abdul Gafar, 33, didakwa memeluk mangsa yang berusia 26 tahun dari belakang, dan menggunakan tangan kanannya untuk menyentuh pinggang mangsa manakala tangan kirinya pula memicit payu dara kiri mangsa.

Tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, dan mahkamah memerintahkannya untuk ditahan reman di Penjara Jerudong selama seminggu.

Pemangku Majistret Kanan, Azrimah binti Haji Abdul Rahman menangguhkan sebutan hari ini bagi membolehkan mahkamah mendapatkan jurubahasa bagi tertuduh.

Pemangku Majistret Kanan menetapkan 19 Ogos 2015 untuk sebutan semula.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharon Yeo.

ARTIKEL YANG SAMA