Cabul: Lelaki mengaku tidak bersalah

Cabul: Lelaki mengaku tidak bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Seorang lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, semalam, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 25 tahun.

Muhammad Mahdi, 41, berdepan tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral itu terhadap mangsa dalam dapur sebuah rumah di Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan, pada 13 Mac 2016.

pg06_160502_mahkamah logo2

Timbalan Pendakwa Raya, Shamshuddin bin Kamaluddin telah mengemukakan hukuman baru terhadap kesalahan tertuduh, iaitu di bawah Seksyen 354A (1) Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22) yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tujuh tahun, dan juga sebatan.

Dalam sebutan terdahulu, tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin namun telah ditarik balik oleh mahkamah apabila seksyen itu tidak membenarkan ikat jamin untuk mana-mana tertuduh.

Majistret Azrimah binti Haji Abdul Rahman menetapkan 14 Mei untuk penetapan tarikh perbicaraan.

ARTIKEL YANG SAMA