Cabul: Remaja kena penjara, sebat

Cabul: Remaja kena penjara, sebat

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160919_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Seorang lelaki tempatan yang disabit atas kesalahan mencabul kehormatan seorang perempuan berusia 16 tahun dijatuhi penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, semalam.

Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Husamuddin bin Awang Mohamad Yusra, 19, yang didakwa melakukan ‘perbuatan tidak senonoh’ itu, yang mana dia turut melakukan kekerasan dengan menumbuk tangan kiri, menampar muka mangsa sebanyak dua kali dan mencekik lehernya dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Dia melakukan kesalahan itu pada 10 Januari 2015 sekitar jam 9:30 malam di kawasan Kampong Ayer.

ARTIKEL YANG SAMA