Cabul saudara dibicara hari ini

Cabul saudara dibicara hari ini

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Seorang bapa saudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya sendiri.

Tiada pengakuan diambil daripada lelaki itu yang berdepan dakwaan melakukan kekerasan terhadap anak saudaranya dengan meraba kedua-dua payu dara mangsa yang berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Bukit Udal, Tutong pada 22 Mei 2015 kira-kira jam 9 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354B Kanun Hukuman Jenayah, Bab 22 yang membawa penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun, dan juga sebatan.

pg06_160202_mahkamah logo

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula memohon mahkamah supaya tertuduh ditahan reman selama sehari di Balai Polis Pusat untuk mendapatkan keterangannya.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid membenarkan permohonan itu, dan menetapkan 2 Februari untuk sebutan semula.

ARTIKEL YANG SAMA