Cabutan awal promosi KIA

Cabutan awal promosi KIA

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN – 10 orang pelanggan terpilih dalam program cabutan bertuah ‘KIA Lucky Drive to France’ berlangsung baru-baru ini di Bilik Pameran KIA, Beribi sempena menjelangnya Kejohanan UEFA EURO 2016.

Cabutan 10 orang pelanggan terpilih itu disempurnakan undiannya oleh wakil-wakil perbankan dari Bank Baiduri dan BIBD At-Tamwil.

Pelanggan-pelanggan yang terpilh itu ialah Awang Bob Raini Rambli, Dayang Nati binti Sumarto, Awang Nicholas Stuart Hendry, Hajah Asnah Haji Talip, Dayang Noraha Abdul Malek, Daryl Luca Barbato, Awang Mohd Razaku, Awang Mohammad Bahruddin bin Yunos, Awang Mohd Rifaie bin Muhd Shahren dan Awang Mohammad Sharol Ramlee.

Bergambar ramai bersama wakil perbankan.
Bergambar ramai bersama wakil perbankan.
Wakil Bank Baiduri membuat cabutan undi bagi mencari 10 orang pelanggan bertuah mengikuti cabutan akhir ‘KIA Drive to France’ pada 20 Mei ini nanti.
Wakil Bank Baiduri membuat cabutan undi bagi mencari 10 orang pelanggan bertuah mengikuti cabutan akhir ‘KIA Drive to France’ pada 20 Mei ini nanti.

Mereka akan dihubungi untuk mengikuti cabutan akhir ‘KIA Lucky Drive to France’ pada 20 Mei ini di Bilik Pameran KIA bagi mengetahui pelanggan yang akan memenangi hadiah berupa tiket pelancongan untuk dua orang ke Paris, Perancis, untuk menyaksikan upacara pembukaan rasmi UEFA EURO 2016.

Lebih daripada 250 pelanggan dari Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait menyertai cabutan ini yang membeli kereta KIA dari 1 Mac hingga 30 April. Selain memenangi tiket ke Perancis, 10 orang pelanggan terpilih itu akan berpeluang memenangi Samsung Galaxy S6 Edge+ 64GB, Samsung S6 Edge+ 32GB, Samsung S2 Smart Watch dan Samsung Tab S2 9.0 LTE.

Semasa cabutan akhir itu nanti, para pelanggan juga akan menyaksikan pelancaran KIA Cerato versi Facelift.

ARTIKEL YANG SAMA