Cabutan bertuah Bee Seng Jumaat ini

Cabutan bertuah Bee Seng Jumaat ini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Bagi menghargai pelanggan yang setia dan sentiasa menyokongnya, Syarikat Bee Seng Airconditioning & Engineering Sdn Bhd, di Kampung Beribi, Jalan Gadong di sini akan mengadakan cabutan bertuah pada 30 September ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu hari ini, cabutan bertuah akan diadakan pada Jumaat, 30 September ini, jam 2 petang dengan hadiah-hadiah menarik ditawarkan termasuklah alat penghawa dingin Mitsubishi dan baucar-baucar diskaun.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cabutan bertuah itu bolehlah menghubungi talian 2654168 atau 8716132.

ARTIKEL YANG SAMA