Caceres mungkin sertai Man City

Caceres mungkin sertai Man City

MANCHESTER, 7 Jan – Manchester City berada dalam perbincangan bersama kelab dari Australia, Central Coast Mariners mengenai penandatanganan pertama mereka terhadap pemain utama, Anthony Caceres dalam jendela pertukaran pada Januari ini.

Pemain itu, 23, tanpa sebarang penampilan digugurkan oleh kelab dari A-League itu pada minggu lalu dan dijangka untuk berpindah ke luar negara tetapi bukan kepada kelab juara Inggeris empat kali yang skuad terbabit dipenuhi dengan pemain–pemain berbakat dunia.

“Saya tidak tahu terdapat sebarang maklumat umum di luar sana sehingga saya mendengar pada pagi ini,” jurulatih Mariners, Tony Walmsley memberitahu media Australia hari ini.

“Saya tidak tahu (pemilik Mariners) Mike Charlesworth berada dalam dialog bersama City Group.

“Caceres mendapatkan yuran pertukaran dalam kontraknya.

Anthony Caceres yang bermain di kelab Australia berkemungkinan menyertai Manchester City.
Anthony Caceres yang bermain di kelab Australia berkemungkinan menyertai Manchester City.

“Jika Mike dan ketua City Group datang untuk bersetuju, saya belum dimaklumkan itu kesnya.

“Tetapi jika berlaku, ia satu peluang hebat bagi Caceres untuk pergi dan mencuba dan mencapai potensi yang kami fikirkan dia memilikinya.”

Media setempat menggambarkan harga pemain itu mungkin dipinjamkan kepada kelab City dan pesaing A-League, Mariner iaitu Melbourne City sebagai sebahagian daripada persetujuan, memandangkan Caceres tidak memegang pasport Eropah jadi mungkin bergelut untuk mendapatkan permit kerja.

Melbourne dan Manchester City dimiliki oleh City Football Group, yang juga memiliki New York City FC dan memiliki pegangan dalam pasukan J-League, Yokohama F. Marinos. – Reuters