Cadang ASEAN guna Renminbi lebih meluas

Cadang ASEAN guna Renminbi lebih meluas

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) – Indonesia mencadangkan penggunaan mata wang China, Renminbi, secara lebih meluas dalam aktiviti perdagangan dan pelaburan di kalangan anggota ASEAN sebagai membendung kesan peningkatan dolar AS.

“Kami mahu mendesak agar Renminbi China digunakan secaralebih meluas dirantau ini,” menurut Menteri Perdagangan Indonesia yang baru dilantik, Thomas Trikasih Lembong.

Ini disebabkan ekonomi ASEAN lebih bersesuaian dengan China berikutan kedudukannya yang berdekatan dan hubungan dagangan, katanya kepada Bernama di luar Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ke-47 dan Mesyuarat Berkaitan di sini hari ini.

Selain mengutarakan cadangan itu pada mesyuarat berkenaan,Thomas berkata beliau bercadang untuk turut membangkitkan perkara itu kepada kumpulan ekonomi lebih luas dalam Kabinet Indonesia.

Menteri Perdagangan Indonesia, Thomas Trikasih Lembong.
Menteri Perdagangan Indonesia, Thomas Trikasih Lembong.

Mengulas selanjutnya, beliau berkata pasaran itu berharap agar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan membuat keputusan berhubung tindakan mereka seterusnya berkaitan kadar faedah.

“Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi (keputusan Rizab Persekutuan Amerika). Kita akan dapat melihat pasaran yanglebih tenang selepas itu,” kata Thomas.

Sementara itu, beliau mengulangi sokongan padu Indonesia terhadap pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN bermula 31 Dis 2015.

“Negara ASEAN akan menjadi lebih kuat dalam mendepani halangan yang mendatang apabila kita sama-sama berganding bahu berbanding dengan hanya cuba menanganinya secara bersendirian,” kata Thomas.