Cadang trek berbasikal di Tawau

Cadang trek berbasikal di Tawau

TAWAU, 27 Dis – Kemudahan trek berbasikal dicadang dibina di sekitar bandar ini bagi memberi kemudahan kepada masyarakat tempatan yang menggemari aktiviti riadah itu.

Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata langkah itu juga bagi mengelak masyarakat berbasikal berkongsi jalan raya dengan pengguna lain yang boleh mengundang bahaya.

“Saya melihat aktiviti berbasikal ini mendapat sambutan.

Jadi, amat penting untuk membina trek ini bagi mengelak kemalangan dan kita mahu ada trek sendiri seperti yang terdapat di luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program ‘Santai Ride 2016’ di sini hari ini. – Bernama

Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh melepaskan peserta program ‘Santai Rider 2016’ kelmarin. Program kayuhan basikal itu melibatkan dua kategori iaitu kategori lelaki sejauh 60 kilometer dan kategori wanita sejauh 30 kilometer.