Cadangan cara...

Cadangan cara atasi masalah anjing liar

MASALAH anjing yang lepas lari dan liar merayau ke sana ke mari tidak kira siang dan malam di Kampung Madewa, Telanai, Bunut dan Tasik Meradun kebelakangan ini telah menjadi semakin tidak
terkawal.

Bukan saja anjing-anjing ini mengganggu harta benda orang awam malah mengancam keselamatan binatang peliharaan dan ternakan yang berada dalam sangkar atau kandang sekalipun.

Meskipun anjing seperti yang kita ketahui adalah binatang yang haram disentuh oleh Islam, namun kita yang berperikemanusiaan sebenarnya punya cadangan untuk menyelesaikan perkara yang semakin mendadak ini.

Anjing-anjing ini boleh saja ditangkap untuk dihimpun oleh doktor haiwan kerajaan atau swasta (veterinarian) dan ditawarkan untuk dijual dan dimiliki oleh sesiapa yang mahu memeliharanya dengan syarat ianya dipakaikan kolar dan label nama serta pemiliknya memiliki lesen berdaftar.

Jika cara ini terlalu membebankan, hanya satu cara lain sahaja yang dapat dilaksanakan iaitu mengebirikan (neutering) supaya jumlah anjing-anjing ini dapat dikawal dan diawasi.

Namun jika ini juga menemui kegagalan, cara ini yang nampak kejam tapi berkesan, seperti yang pernah dilaksanakan pada zaman 1950an hingga 1970an ialah dengan mengarahkan orang-orang yang berkemahiran untuk menggunakan alat sumpitan bagi menamatkan riwayat anjing-anjing liar yang seolah tidak diakui miliknya oleh sesiapapun. Renungkanlah. – PEMERHATI PRIHATIN, BUNUT

ARTIKEL YANG SAMA