Cadangan elit UEFA ditentang

Cadangan elit UEFA ditentang

LONDON, 6 Okt – Liga Eropah mungkin perlu merombak jadual perlawanan dengan Liga Juara-Juara berikutan perbalahan mengenai perubahan format pertandingan, Liga Profesional Eropah (EPFL) memberikan peringatan pada Rabu.

UEFA telah menimbulkan kemarahan liga kecil dan sederhana di benua itu selepas mencadangkan untuk menjamin empat slot Liga Juara-Juara kepada England, Sepanyol, Jerman dan Itali di antara 2018 dan 2021.

EPFL percaya badan induk Eropah itu telah melanggar perjanjian untuk mengelakkan berlaku pertembungan antara perlawanan UEFA dan domestik.

“Sebab itu kita bertindak balas seperti sekarang,” kata Presiden EPFL Lars-Christer Olsson yang mewakili organisasi liga Eropah pada Sidang Kemuncak Pemimpin Sukan Perniagaan di London.

“Mereka (UEFA) menetapkan semua syarat-syarat untuk tujuan peribadi dengan liga tertutup pada masa depan. Pada pendapat saya, UEFA telah memaksa EPFL bertindak kerana UEFA telah melanggar perjanjian itu. Kami tidak dirujuk sama sekali.

“Proses ini bukan sahaja salah tetapi secara perlahan akan menjurus kepada kesilapan. Kita perlu membuat kesimpulan yang agak lama lagi bagi mencari penyelesaian terbaik untuk bola sepak Eropah dan itu hanya boleh dibuat dengan bercakap antara satu sama lain.”

Walau bagaimanapun, Olsson berkata kelab yang layak ke Liga Juara-Juara tidak dipaksa untuk memilih antara memenuhi perlawanan dalam pertandingan ini dan perlawanan liga.

“Kami tidak akan menimbulkan masalah kepada kelab sendiri kerana itu tidak akan masuk akal,” katanya. “Kami secara munasabah berpelajaran tinggi.”

Ketua Eksekutif Liga Profesional Scotland Neil Doncaster yang muncul bersama Olsson berkata, negara seperti Scotland boleh rosak teruk dengan perjanjian baru itu.

“Keputusan itu mengancam masa depan bola sepak pada peringkat tertinggi,” kata Doncaster. “Di seluruh Eropah, adalah penting untuk menjadi juara kelab domestik. Ia adalah mengenai akses kepada peringkat tertinggi bola sepak kompetitif Eropah bersama juara-juara yang lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA