Cadangan tubuh koperasi Jatti Meirek

Cadangan tubuh koperasi Jatti Meirek

MIRI, 16 Ogos (Bernama) – Persatuan Jatti Meirek Miri (PJMM) mencadangkan penubuhan sebuah koperasi bagi membantu usahawan dari suku kaum itu memperkembangkan perniagaan mereka.

Persatuan PJMM Datuk Abdillah Abdul Rahim berkata matlamat utama koperasi ialah membantu usahawan berkenaan mempelbagai asas perniagaan mereka.

“Saya harap dapat melihat kemunculan lebih ramai usahawan Jatti Meirek terutama dari kalangan belia,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya PJMM yang dirasmikan oleh setiausaha politik kepada ketua menteri Ripin Lamat di sini hari ini.

Jatti Meirek adalah antara komuniti tertua di negara ini.

Walaupun tidak terdapat bukti muktamad bila suku kaum Meirek mendarat di Sarawak, sesetengah pihak menyatakan kira-kira 200 atau 300 tahun lepas dan umum menganggap perkataan Miri, tercipta dari perkataan ‘Meirek’.

Ketika ini populasi Meirek dianggarkan berjumlah 10,000.

Kebanyakan mereka tinggal di bahagian utara Sarawak dan Brunei.