Caen tambat Monaco, Saint-Etienne susut

Caen tambat Monaco, Saint-Etienne susut

PARIS, 3 Dis (AFP) – Monaco terlepas peluang untuk mendekati slot Liga Juara-Juara semalam selepas seri 1-1 di tempat sendiri dengan Caen yang menduduki tempat kedua di Ligue 1.

Penyerang Argentina, Guido Carrillo menjaringkan gol pertamanya dalam liga utama Perancis selepas ketibaannya pada musim panas dari Estudiantes dengan tandukan kencang pada minit ke-56 di Stade Louis II.

Tetapi Caen menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat melalui Ronny Rodelin ketika jurang antara pendahulu liga, Paris Saint-Germain dan seluruh pasukan kekal 13 mata.

“Seperti biasa, adalah penting untuk penyerang menjaringkan gol. Tetapi perkara paling penting adalah keseluruhan keputusan dan kami kecewa,” kata Carrillo, yang menamatkan penantian 857 minit untuk membuka akaun jaringan Ligue 1.

Penyerang Monaco, Guido Carrillo (kiri) bersaing dengan pertahanan Caen, Damien Da Silva (kanan) dalam aksi Ligue 1 di Stadium Louis II di Monaco, semalam. – AFP
Penyerang Monaco, Guido Carrillo (kiri) bersaing dengan pertahanan Caen, Damien Da Silva (kanan) dalam aksi Ligue 1 di Stadium Louis II di Monaco, semalam. – AFP

Penjaga gol Caen Remy Vercoutre memuji keazaman pasukannya ketika pasukan bawahan Basse-Normandie, yang membuat penampilan sulung Eropah pada Piala UEFA 1992-93, mengutip mata penuh di Principality.

“Ia satu perkara baik untuk mengutip mata di sini selepas ketinggalan. Memang sukar untuk mencari rentak di sini tetapi kami menunjukkan disiplin,” kata Vercoutre.

Saint-Etienne pula kecewa melihat peluang mereka untuk menghuni tiga teratas tidak tercapai selepas tewas 1-0 di Lille dalam satu keputusan yang masih meninggalkan tuan rumah satu mata daripada zon selamat.

Voli menakjubkan daripada Yassine Benzia tepat sejam permainan memberikan Lille kemenangan pertama dalam tujuh percubaan ketika bos baru Frederic Antonetti mengendalikan perlawanan pertama untuk meraih tiga mata penuh.

ARTIKEL YANG SAMA