Cahaya misteri gemparkan penduduk

Cahaya misteri gemparkan penduduk

PUEBLA, Mexico, 22 Mei (AFP) – Penduduk di bandar Mexico terjaga dalam keadaan ketakutan sebelum pagi semalam kerana melihat cahaya yang terang di langit dan disusuli dengan bunyi bergemuruh yang kuat, dengan kekhuatiran gunung berapi berhampiran meledak tiba-tiba.

Tetapi pegawai berkata gunung berapi Popocatepetl tidak terjejas dan tiada gempa bumi dicatatkan.

Sebaliknya, fenomena yang disaksikan oleh penduduk Puebla de Zaragoza, sebuah bandar dengan tiga juta penduduk 50 kilometer (30 batu) dari Mexico City, adalah meteor,” Persatuan Astronomi tempatan menyatakan.

Batu dari angkasa kemungkinan terbakar dalam atmosfera dan tiada impak dikesan, jelasnya.

“Ia menakutkan, kami memikirkan ia adalah gunung berapi, tetapi bukan,’ kata seorang penduduk, Emma Chavez.

“Terdapat cahaya yang terbang bagi beberapa saat seperti ia sudah siang dan kemudian terdapat bunyi bergemuruh yang kuat.”

Seorang penduduk, Alvaro Morales berkata: “Ia begitu kuat. Cermin bergegar. Kami menjangka ia adalah gempa bumi, tetapi bukan. Terdapat bunyi seperti satu letupan. Kami dalam keadaan terkejut.”