Cahill bersedia beraksi

Cahill bersedia beraksi

MELBOURNE, 10 Okt – Faktor Tim Cahill mengancam harapan Jepun untuk mengukuhkan kembali kempen Piala Dunia mereka dalam perlawanan kelayakan penting menentang Australia di Melbourne esok.

Cahill bersedia bagi dipanggil semula bagi pasukan Socceroos menentang Blue Samurai dalam persaingan kelayakan Asia Kumpulan B selepas hanya beraksi beberapa minit sebagai pemain gantian dalam keputusan perlawanan Australia menentang Arab Saudi 2-2 di Jeddah pada minggu lalu.

Ia juga malam yang penting di Asia dengan China memerlukan kemenangan menentang Uzbekistan dalam Kumpulan A di Tashkent untuk menghidupkan harapan mereka dan setakat ini hos Piala Dunia 2022, Qatar, belum mencatatkan sebarang mata di laman sendiri menentang Syria.

Arab Saudi sekali lagi mempunyai kelebihan di laman sendiri menentang pesaing Teluk, Emiriah Arab Bersatu, sementara Tehran menghoskan pendahulu antara kumpulan dengan Iraq dan Thailand memburu mata pertama mereka dalam perlawanan sebelah petang di ibu negara Iran.

Cahill bersedia bagi dipanggil semula bagi pasukan Socceroos menentang Blue Samurai dalam persaingan kelayakan Asia Kumpulan B nanti. – AFP
Cahill bersedia bagi dipanggil semula bagi pasukan Socceroos menentang Blue Samurai dalam persaingan kelayakan Asia Kumpulan B nanti. – AFP

Iran dan Korea Selatan melindungi permulaan tanpa kalah mereka dalam kempen Asia dalam sepak mula yang diadakan pada waktu malam.

Jepun memegang rekod kemenangan 8-7 ke atas juara Piala Asia, Australia, tetapi berdepan dengan masalah menghalang Cahill dari menjaringkan gol ke atas mereka. Cahill, 36, yang pulang untuk beraksi dalam A-League bersama Melbourne City selepas 18 tahun beraksi di luar negara, menjaringkan lima dari 48 gol antarabangsanya menentang Jepun. Dengan rekod jaringannya ke atas mereka membolehkan jurulatih, Ange Postecoglou untuk menurunkannya selepas kemunculan sebagai pemain gantian dalam dua perlawanan kelayakan Rusia 2018 yang lalu.

“Kami akan bersedia menentang Jepun dan bersedia. Saya sudah bersedia jika saya beraksi atau tidak dan kami perlu bersedia,” kata Cahill. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA