Cahill sertai Melbourne City

Cahill sertai Melbourne City

SYDNEY, 11 Ogos – Tim Cahill akan kembali ke Australia untuk menamatkan kerjayanya dengan beraksi di Liga-A untuk skuad Melbourne City, sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai masa depan penyerang berbisa itu.

Pemain berusia 36 tahun itu yang merupakan penjaring terbanyak di Australia, menandatangani kontrak bermain dua tahun dengan kelab kembar Liga Perdana Inggeris, Manchester City selepas meninggalkan pasukan Liga Super China (CSL) Hangzhou Greentown bulan lepas.

“Saya amat teruja untuk menyertai Melbourne City dan akhirnya Kumpulan Bola Sepak City (CFG),” kata Cahill dalam satu kenyataan hari ini. “Ada cita-cita sebenar dan tujuan di sini. Kualiti amat penting kepada saya.”

Cahill kembali ke tanah airnya dengan menyertai kelab Melbourne City. – AFP
Cahill kembali ke tanah airnya dengan menyertai kelab Melbourne City. – AFP

Kelab tidak mendedahkan kontrak Cahill, namun akhbar Melbourne Herald Sun berkata ia bernilai Aus$3.5 juta (AS$2.7 juta) untuk tahun pertama dan perjanjian itu adalah yang terbesar bagi Liga-A melibatkan pemain Australia.

Kelab Melbourne dan Manchester masing-masing dimiliki oleh CFG yang berpangkalan di Abu Dhabi dan Pe-ngarah Urusan pasukan Australia, Brian Marwood berkata perjanjian itu termasuk tahun ketiga untuk Cahill dalam kapasiti kejurulatihan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA