Cahill wira Melbourne tewaskan Sydney

Cahill wira Melbourne tewaskan Sydney

MELBOURNE, 1 Dis – Tim Cahill (gambar) menjaringkan gol kemenangan ketika Melbourne City menewaskan Sydney FC untuk menjulang Piala FFA dengan pemain veteran itu diinspirasikan oleh penyokong pasukan lawan yang memberikannya kesukaran.

Bekas pemain penyerang Everton itu, yang kembali bersama kelab dari Australia itu selepas 18 tahun di luar negara, menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-53 malam semalam untuk memastikan pasukannya menang 1-0 dan kejayaan pertama mereka.

Pemain itu, 36, bangkit dari laungan peminat Sydney, “anda berada di sini hanya untuk wang” ketika persaingan di Melbourne itu menambah semangatnya.

“Hanya sebelum itu- tanpa sebarang alasan- peminat menyanyikan mengenai saya dan ia bermain di fikiran anda sepanjang masa,” katanya.

“Apabila peminat menyanyikan perkara negatif terhadap saya, saya rasa ini adalah peluang saya.”

Cahill meningkatkan kerjaya kelab itu di seluruh tiga benua dan telah beraksi pada Piala Dunia tiga kali bagi Australia, tetapi mencatatkan sedikit kejayaan kelab, yang menjadikan kejayaan lebih menarik.

“Sebab itu mengapa saya beraksi. Saya beraksi ketika ini seperti itu,’ katanya.

“Jadi ini adalah di atas sana ketika seperti masa besar sepanjang kerjaya saya dan ia lebih menarik saya menjaringkan gol.” Jurulatih Melbourne, John van’t Schip memberikan penghormatan kepada ‘pejuang’ Cahill tetapi juga kepada bekas mentornya, Johan Cruyff dari Belanda, yang meninggal dunia akibat barah paru–paru pada Mac lalu.

“Saya juga memikirkan mengenai Cruyff,” kata pengurus dari Belanda itu. – AFP