Caj 5 minit bertahan selama dua jam

Caj 5 minit bertahan selama dua jam

BEIJING, 27 Mei (dpa) – Pengilang telefon pintar China, Oppo telah muncul dengan teknik pengecasan pantas baru bagi telefon pintar yang katanya memberikan dua jam tenaga dengan hanya lima minit mengecas.

“Ia telah meletakkan kami mendahului yang lain,” kata ketua timbalan Oppo, Ski Li.

Digelar VOOC, pengecas itu akan didatangkan dengan model baru firma itu, R7 dan R7 Plus, namun juga akhirnya akan dikeluarkan untuk peranti lain.

Oppo adalah salah satu dari kebanyakan firma China yang bersaing bagi saham lebih besar dalam pasaran telefon pintar global.