California bakal dilanda El Nino

California bakal dilanda El Nino

LOS ANGELES, 19 Okt – Fenomena cuaca El Nino mungkin membasahi California pada masa datang dan mencetuskan banjir, namun ia tidak akan mengakhiri kemarau teruk negeri, kata pakar.

Hujan lebat telah mencetuskan keadaan kelam-kabut di sebahagian rantau Pantai Barat dalam beberapa hari ini. Kira-kira 200 kenderaan terkandas di lebuh raya di tengah California pada lewat minggu lalu di tengah banjir air, lumpur dan runtuhan.

Banjir mengakibatkan treler tenggelam sebahagiannya dalam lumpur, sementara beberapa rumah musnah.

“Saya bimbang ia mungkin merupakan ribut serius pertama” yang mungkin bertahan sepanjang musim sejuk, beritahunya kepada AFP.

Krantz dan pakar lain menyalahkan cuaca teruk ke atas kemunculan semula fenomena El Nino, terkenal kerana menimbulkan keadaan huru-hara setiap beberapa tahun, yang datang bersama pemanasan dalam suhu permukaan laut di Pasifik.

Ia boleh mencetuskan hujan yang sangat lebat di beberapa kawasan dunia dan kemarau di tempat lain. Menurut Krantz, beberapa tempat di Pasifik telah melihat suhu melebihi empat darjah Celsius secara purata.

“Kami mengalami El Nino di California, yang menambah jumlah kepanasan, kata Michael Schaffner daripada Perkhidmatan Cuaca Negara.

Kesan El Nino dijangka berlarutan sehingga musim bunga akan datang dan ahli kaji cuaca telah mengingatkan ia mungkin merupakan salah satu yang paling teruk. Episod terakhir El Nino berlaku pada 1997 hingga 1998. – AFP