California umum darurat

California umum darurat

LOS ANGELES, 14 Sept (AFP) – Gabenor California Jerry Brown mengisytiharkan keadaan darurat semalam ketika kebakaran hutan melarat di bahagian utara negeri Amerika Syarikat (AS) yang dicengkam kemarau itu, yang memaksa beribu-ribu orang meninggalkan kawasan itu.

Kebakaran sangat besar telah membakar lebih 40,470 hektar tanah, menurut pihak berkuasa yang memusnahkan beratus-ratus buah rumah dan struktur komersial dan mengerahkan beribu-ribu anggota bomba.

Lapan kebakaran besar pada masa ini berlaku, tetapi dua – sebuah kawasan kira-kira 160 kilometer barat daya bandar negeri, Sacramento dan sebuah lagi kira-kira 160 kilometer ke timur – terutamanya telah merosakkan minggu lalu, dengan sedikit sahaja berkurang.

Akibat keadaan kering, angin kencang dan suhu meningkat, kebakaran telah membakar 65,300 ekar dan hanya 25 peratus dikawal manakala kebakaran Valley Fire meningkat kepada 50,000 ekar dan sifar peratus dikawal, menurut agensi bomba negeri CALL FIRE berkata lewat semalam.

Beberapa buah kenderaan dan rumah yang dijilat api dalam kebakaran besar di Middletown, California. – AFP
Beberapa buah kenderaan dan rumah yang dijilat api dalam kebakaran besar di Middletown, California. – AFP

Gabenor Brown mengeluarkan “pengisytiharan kecemasan bagi wilayah Lake dan Napa disebabkan kesan dari kebakaran Valley Fire yang telah membakar beribu-ribu ekar tanah dan mengakibatkan pemindahan para penduduk dan merosakkan lebuh raya dan infrastruktur lain,” menurut pejabatnya.

Bandar Middletown dengan penduduk 1,300 orang, terutamanya dibinasakan oleh Valley Fire, menurut akhbar harian tempatan, Santa Rosa Press-Demokrat, yang berkata kebakaran melarat dari 50 ekar ke 10,000 ekar dalam tempoh lima jam pada Sabtu lalu – sebelum menjadi empat kali ganda saiznya semalaman.

“Saya melihat di semua hala, dan kesemuanya saya melihat api,” ketua bomba tempatan, Steve Baxman memberitahu akhbar itu lagi.