Callejas berdepan larangan sukan seumur hidup

Callejas berdepan larangan sukan seumur hidup

ZURICH, 10 Nov – Jawatankuasa etika FIFA hari ini mencadangkan larangan seumur hidup bagi semua aktiviti berkaitan bola sepak buat bekas presiden Honduras, Rafael Callejas, yang kini menunggu hukumannya di Amerika Syarikat atas dakwaan rasuah.

Ketua negara di antara 1990 dan 1994, Callejas sebelumnya mengaku bersalah atas kegiatan haram pada mahkamah New York pada Mac dan kini berdepan beberapa siri dakwaan dari pihak FIFA.

“Dalam laporan terakhirnya, Cornel Borbely mencadangkan mengenakan Mr Callejas larangan seumur hidup daripada turut serta dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak,” menurut satu keterangan FIFA.

Callejas, 72, didakwa menerima beberapa bayaran haram dari syarikat pemasaran sukan bagi perjanjian penyiaran TV bagi Piala Dunia 2014, 2018 dan 2022.

Callejas didapati bersalah oleh mahkamah Amerika Syarikat kerana menerima rasuah berjumlah AS$1.6 juta.

Gambar fail Rafael Callejas ketika tiba bagi perbicaraan di mahkamah New York. – AFP
Gambar fail Rafael Callejas ketika tiba bagi perbicaraan di mahkamah New York. – AFP

Borbely telah membuat kesimpulan siasatannya pada aktiviti-aktiviti Callejas, bekas presiden Pertubuhan Bola Sepak Honduras, dan menghantar laporan akhirnya bersama cadangan-cadangan kepada dewan pengadilan Jawatankuasa Etika, yang dipengerusikan oleh Hans-Joachim Eckert.

Hukuman akan diberikan oleh mahkamah New York pada Januari 2017, namun melalui tawaran rayuan, beliau mungkin tidak dikenakan hukuman penjara.

FIFA bagaimanapun belum menyatakan bila hukumannya akan diumumkan.

Callejas menghabiskan masa 13 tahun sebagai ketua FENAFUTH selepas kendaliannya selama empat tahun sebagai presiden Republik Honduras pada 1990an. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA