Calon pelajar KUPU SB jalani ujian kecergasan

Calon pelajar KUPU SB jalani ujian kecergasan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini, telah mengadakan Ujian Kecergasan bagi Kemasukan Sesi 2016/2017 yang diadakan di Dewan Tarbiyyah, KUPU SB,.

Calon-calon kemasukan pelajar dikehendaki untuk menyertai ujian kecergasan ini untuk memastikan dan menilai kecergasan bakal pelajar KUPU SB mencukupi dan mempunyai upaya kecergasan sebagai seorang pendidik apabila lulus pengajian, di samping untuk menjaga kualiti lepasan KUPU SB.

Ujian kecergasan ini dibahagikan kepada beberapa sesi ujian seperti ujian tekan tubi, bangkit tubi, larian pecut 300 meter dan larian 1.5 batu.

Sebelum melakukan ujian, calon-calon juga dikehendaki untuk mengambil Indeks Jisim Badan (BMI) mereka.

Calon pelajar semasa ujian larian pecut 300 meter.
Calon pelajar semasa ujian larian pecut 300 meter.

Ujian ini diadakan dua kali iaitu hari ini dan pada 5 Jun nanti, yang dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama bermula pada jam 8:30 pagi sehingga 11:30 pagi dan sesi kedua bermula pada jam 1:30 petang sehingga 4 petang.

Ujian Kecergasan KUPU SB telah pun dikendalikan dengan kerjasama Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan penyelaras kokurikulum (sukan), Pusat Ilmu Teras, KUPU SB dan pihak yang berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA