Calon penganjur Olimpik 2024 diberi amaran keras

Calon penganjur Olimpik 2024 diberi amaran keras

pg23_160812_olympic logo

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memberi amaran kepada empat bandar yang membida Sukan Olimpik 2024 kerana melanggar peraturan bidaan dengan melobi media di Rio.

Budapest, Los Angeles, Paris dan Rome membida temasya itu dengan keputusan bidaan akan diketahui di Lima, Peru pada September 2017.

“Tiga Bandar Calon 2024 menghubungi media dan menjemput mereka ke tempat kontinjen terbabit dan diberi layanan baik ketika di Rio. Mereka semua diingatkan ia tidak dibenarkan dan meminta aktiviti itu dihentikan,” kata IOC dalam satu kenyataan. Calon bandar terbabit berjanji untuk berkelakuan baik se-panjang temasya Rio.

“IOC menghantar e-mel peringatan kepada kami dan calon bandar lain mengenai larangan di Rio, yang pasti akan kami patuhi,” kata jurucakap pasukan Los Angeles.

“Kami menerima notis daripada IOC mengingatkan kami untuk tidak membuat promosi dalam bidaan itu,” kata jurucakap Rome.

“Kami tidak boleh menjemput media bagi pihak Roma 2024. Kami akan mematuhi saranan IOC.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA