Calon persiden Peru tandatangani jaminan

Calon persiden Peru tandatangani jaminan

LIMA, 4 April (Reuters) – Calon presiden Peru yang disebut-sebut akan menang, Keiko Fujimori, menandatangani satu jaminan pada perdebatan semalam mewajibkan beliau mengelak cara authoritarian bapanya, dalam satu rayuan terakhir kepada pengundi sebelum pilihan raya pada minggu depan.

Fujimori, anak perempuan berusia 40 tahun kepada bekas presiden Alberto Fujimori, telah lama mendahului berbanding sembilan pesaingnya tetapi beliau tidak dijangka memenangi undi majoriti yang diperlukan untuk mengelak pilihan raya presiden terakhir pada Jun.

Calon tengah-kanan itu telah bergelut untuk menenangkan kebimbangan bahawa beliau akan mengaktifkan semula kerajaan bapanya, kini menjalani hukuman penjara 25 tahun kerana menyalahguna hak asasi manusia dna rasuah.

“Saya tahu bagaimana melihat pada sejarah negara saya. Saya tahu bab yang perlu diulang dan saya amat jelas bab yang tidak harus diulang,” kata Fujimori pada mesej terakhir beliau dalam perdebatan.

Keiko Fujimori, menunjukkan komitmen politik yang ditandatanganinya semasa beliau mengambil bahagian dalam perbahasan di televisyen yang dianjurkan oleh Juri Peruvian National Electoral di Lima, Ahad. - AFP
Keiko Fujimori, menunjukkan komitmen politik yang ditandatanganinya semasa beliau mengambil bahagian dalam perbahasan di televisyen yang dianjurkan oleh Juri Peruvian National Electoral di Lima, Ahad. – AFP

Dokumen yang ditandatangani beliau mewajibkan beliau menghormati hak asasi manusia, kebebasan akhbar dan institusi demokratik yang dilemahkan oleh bapanya ketika beliau menggabung kuasa.

“Tidak ada lagi 5 April!” kata Fujimori, merujuk kepada hari tersebut 24 tahun lalu apabila bapanya menutup kongres dan campur tangan dalam mahkamah dengan sokongan daripada tentera.

Fujimori juga berikrar akan memberikan pembangkang kawalan jawatankuasa pengawasan dan risikan dalam kongres dan mengulang satu janji untuk memberikan pampasan kepada berpuluh wanita yang dipaksa dimandulkan ketika kerajaan di bawah pentadbiran bapanya pada 1990-2000. Pengkritik mengetepi jaminan sebagai satu helah sinis untuk pengundian.

ARTIKEL YANG SAMA