Calon presiden Filipina berentap

Calon presiden Filipina berentap

MANILA, 22 Feb (AFP) – Lima calon utama pilihan raya presiden Filipina buat kali pertamanya bertemu dalam debat kebangsaan semalam, berikrar akan memerangi rasuah dan jenayah jika mereka menggantikan Presiden Benigno Aquino.

Debat yang disiarkan di televisyen itu adalah pertama kali dalam siri-siri debat yang bertujuan menumpukan persaingan pada isu-isu dasar, dan bukannya pelbagai personaliti yang bertanding pada pilihan raya presiden bulan Mei. Tetapi calon pilihan raya, Rodrigo Duterte menonjolkan imej sifat tidak belas kasihan, ketika berikrar dia akan menghapuskan jenayah, dadah dan rasuah dalam tempoh hanya tiga bulan dengan mengarahkan pihak berkuasa membunuh para penjenayah.

“Jika saya menjadi presiden, akan berdarah kerana saya akan mengarahkan pembunuhan semua penjenayah,” kata Duterte yang dituduh bersekongkol dengan skuad tembak ketika dia menjadi datuk bandar lama di bandar selatan Davao.

Debat itu yang diadakan di Mindanao, pulau selatan yang dilanda persengketaan, yang menemukan pesaing-pesaing utama yang ingin menggantikan Aquino yang terbatas oleh undang-undang kepada satu penggal enam tahun. Tinjauan pendapat menunjukkan orang yang disebut-sebut akan menang ialah Naib Presiden Jejomar Binay, ketua politik pusat kewangan, Makati.

Berada bersama di tempat kedua ialah Duterte dan Senator Grace Poe, anak angkat kepada bintang filem popular Fernando Poe Jnr. Pengganti yang dipilih oleh Aquino, bekas setiausaha dalam negeri Manuel Roxas, berada di belakang mereka dengan Senator Miriam Santiago di tempat kelima.

Roxas, yang mempunyai imej tidak menarik, menyerang dengan menekankan perlunya untuk mengekalkan dasar-dasar ‘laluan lurus’ yang dipuji kerana memerangi rasuah dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

“Itulah laluan lurus yang telah disampaikan dan itulah apa yang akan saya teruskan,” Roxas memberitahu orang ramai yang terdiri dari ketua awam dan wartawan. Dia juga mempersoalkan panas baran Duterte, pengalaman Poe dan tuduhan rasuah yang telah memburu Binary. “Menjadi presiden bukanlah latihan jawatan,” ujarnya dalam membidas Poe.

Roxas berulang kali membidas Binay yang mengalahkannya apabila Roxas bertanding bagi jawatan timbalan presiden pada tahun 2010. Presiden dan Naib Presiden dilantik secara berasingan di Filipina, yang membolehkan ketua pembangkang, Binay berkhidmat di bawah Aquino.

ARTIKEL YANG SAMA