Calon presiden Haiti tidak sertai pilihan raya

Calon presiden Haiti tidak sertai pilihan raya

PORT-AU-PRINCE, 19 Jan – Calon presiden Haiti dari parti pembangkang, Jude Celestin semalam berkata dia tidak akan menyertai pengundian pusingan kedua, dengan menyifatkannya satu sandiwara dengan hanya satu calon.

Pilihan raya 24 Januari adalah cubaan terkini untuk mengembalikan kestabilan di salah sebuah negara paling miskin dan paling tidak stabil di rantau Amerika.

Sejak berakhirnya kepimpinan diktator Duvalier dalam tahun 1986, Haiti telah dicengkam rampasan kuasa dan pilihan raya yang dipertikaikan seterusnya menjejaskan ekonomi rapuh.

Setelah dilanda krisis politik selama bertahun-tahun yang menghalang sebarang pilihan raya dari diadakan, dalam tahun 2015 Haiti mengadakan pemilihan yang memenatkan, dengan mengadakan pilihan raya perundangan, perbandaran dan presiden. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA