Cameron berlepas ke Brussels Khamis ini, susun semula hubungan dengan EU

Cameron berlepas ke Brussels Khamis ini, susun semula hubungan dengan EU

LONDON, 15 Dis (AFP) – David Cameron akan berlepas ke Brussels pada Khamis dengan harapan untuk mendapat nafas baru dalam usaha Britain untuk menyusun semula hubungannya dengan Kesatuan Eropah, yang telah dilanda masalah berhubung rancangan untuk mengurangkan faedah bagi penghijrah-penghijrah.

Dengan referendum berhubung meninggalkan EU dijangkakan akhir 2017, rancangan Cameron untuk mengekang faedah penghijrah bagi empat tahun pertama mereka berada di Britain berdepan penentangan keras daripada pemimpin-pemimpin lain, yang menganggapnya berdiskriminasi.

“Perjuangan paling sukar Cameron pasti pada reformasi kebajikan,” kata Agata Gostynska-Jakubowska dari Pusat Kumpulan Pemikir Eropah (CER).

“Beliau telah mengutamakan faedah dalam kerja dalam rundingan beliau – berhubung isu ini, beliau bersendirian menentang 25 buah negara.”

Langkah itu adalah salah satu dari empat tiang utama strategi perdana menteri untuk merundingkan semula keanggotaan Britain dalam EU dan kemudian berkempen untuk terus berada dalam gabungan itu.

Harapan awal keseluruhan perjanjian bagi Britain untuk dibawa kepada pengundi mungkin muncul pada sidang mesyuarat minggu ini selepas Cameron menggariskan senarai keinginannya dalam sepucuk surat kepada Presiden EU Donald Tusk bulan lalu telah pun musnah.

Kedua-dua mereka kini menumpu bagi perjanjian Februari pula. Tetapi persoalan rumit ialah bagaimana mendapatkannya, memandangkan skala tentangan terhadap cadangan faedah Cameron.

Anggota-anggota parti Konservatif bersederhana Cameron, yang mempunyai elemen kuat mencurigai euro, telah menyuarakan kebimbangan mereka secara terbuka.

ARTIKEL YANG SAMA