Cameron ketuai kabinet terakhir

Cameron ketuai kabinet terakhir

LONDON, 12 Julai – David Cameron mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir hari ini selepas enam tahun sebagai perdana menteri Britain, dengan bakal perdana menteri Theresa May bersedia untuk membentuk kerajaan baru bagi menyampaikan Brexit.

May mengetuai penghormatan terakhir kepada Cameron pada mesyuarat itu, yang digambarkan oleh menteri-menteri sebagai ‘emosional’ dan sempat merakamkan gambar kenangan di tangga kawasan kediaman 10 Downing Street perdana menteri itu selepas itu.

Penamatan Cameron muncul lebih awal daripada yang dijangkakan selepas persaingan dramatik yang tidak disangka-sangka untuk menggantikannya yang membawa kepada pengeluaran langsungnya daripada berkuasa kurang tiga minggu selepas undian negara itu untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

May akan berada di bawah tekanan daripada para pemimpin EU untuk membentangkan jadual waktu bagi Brexit.

Ketua ekonomi Suruhanjaya Eropah, Pierre Moscovici menggesa May untuk mempercepatkan proses itu.

David Cameron (kiri) mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir dan bakal digantikan oleh Theresa May (kanan). - AFP
David Cameron (kiri) mempengerusikan mesyuarat kabinet terakhir dan bakal digantikan oleh Theresa May (kanan). – AFP

“Saya rasa itulah yang orang ramai jangka, harap dan mahukan,” ujarnya di Brussels, menambah bahawa penangguhan selanjutnya akan memanjang lagi kemusnahan ketidakpastian bagi ekonomi.

Canselor Jerman Angela Merkel berkata lewat Isnin: “United Kingdom perlu dengan segera menjelaskan bagaimana ia mahu hubungannya dengan Kesatuan Eropah pada masa hadapan.”

Cameron mengumumkan dia akan meletak jawatan selepas mengetuai kempen gagal bagi Britain untuk kekal dalam EU pada referendum 23 Jun.

Setiausaha Negara May, menteri dalam negeri, telah diumumkan pemimpin baru bagi Parti Konservatif berhaluan tengah-kanan pada Isnin selepas menteri tenaga junior Andrea Leadsom, satu-satunya pencabar yang ada bagi jawatan itu, mengundur diri daripada pertandingan berkenaan.

Cameron juga akan berdepan dengan MP dalam parlimen bagi waktu terakhir pada esok (Rabu) dalam sesi soal jawab mingguan perdana menteri, sebelum bertemu Ratu Elizabeth II untuk men-yerahkan peletakan jawatannya kepada ketua kerajaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA