Cameron lawat kawasan dilanda banjir

Cameron lawat kawasan dilanda banjir

CARLISLE, United Kingdom, 7 Dis – Perdana Menteri David Cameron melawat kawasan di Britain yang terjejas banjir teruk hari ini ketika penduduk mula membersihkan kediaman dan premis perniagaan selepas dibadai Taufan Desmond.

“Saya baru mempengerusikan mesyuarat COBRA mengenai banjir itu,” tulis Cameron di Twitter selepas jawatankuasa kecemasan Britain berhimpun untuk menyelaraskan respons terhadap situasi di barat daya England itu.

“Akan ada pengumuman lanjut pagi ini dan kemudiannya saya akan melawat kawasan yang terjejas teruk,” tambahnya.

Polis di mukim Cumbria mengisytiharkan satu ‘insiden besar’ selepas taufan melanda dan amaran cuaca juga dikeluarkan bagi seluruh minggu ini.

Penduduk membersihkan lumpur dari sebuah rumah di Cockermouth, di utara England, 7 Disember su-sulan banjir yang melanda bandar itu akibat Taufan Desmond. - Reuters
Penduduk membersihkan lumpur dari sebuah rumah di Cockermouth, di utara England, 7 Disember su-sulan banjir yang melanda bandar itu akibat Taufan Desmond. – Reuters

Taufan itu mengakibatkan beribu-ribu orang tanpa bekalan kuasa, gangguan air dan memaksa penutupan sejumlah sekolah.

Satu kematian dilaporkan di London selepas seorang lelaki warga emas diterbangkan ke laluan sebuah bas,” kata polis baru-baru ini.

Mayat juga ditemui dalam pencarian di Sungai Kent, kata polis selepas laporan bahawa seorang lelaki tua jatuh ke dalam air.

Manakala lebih 350 kakitangan tentera dikerahkan ke Carlisle, salah sebuah bandar paling teruk terjejas dengan bot penyelamat dan helikopter tentera digunakan untuk mengeluarkan orang ramai ke pusat pemindahan selepas air mencecah paras pinggang. – AFP