Cameron lawat kem pelarian

Cameron lawat kem pelarian

AMMAN/BEIRUT, 14 Sept (AFP) – Perdana Menteri Britain, David Cameron tiba di Jordan hari ini bagi lawatan ke kem pelarian Syria dan rundingan bersama Raja Abdullah II, menurut kementerian luar negeri.

Cameron terbang dari Lubnan tempat dia bertemu pelarian Syria beberapa jam selepas melantik seorang menteri untuk menyelia penempatan semula pelarian Syria di Britain.

“Richard Harrington akan bertanggungjawab bagi kerja menyelaras di seluruh kerajaan untuk menempatkan semula kira-kira 20,000 pelarian Syria di UK, bersama dengan bertanggungjawab dalam peruntukan bantuan kerajaan bagi pelarian Syria di rantau itu,” menurut satu kenyataan dari pejabat Perdana Menteri David Cameron.

Di Jordan, dia meninjau kem Zaatari di utara kerajaan itu yang menempatkan hampir 80,000 pelarian Syria.

Lubnan dan Jordan telah mengadu tentang sumber mereka yang diperluaskan ke tahap maksimum dengan kemasukan pelarian dari Syria, dan agensi-agensi PBB berulang kali merayu bagi bantuan untuk membantu warga Syria yang memerlukan itu.

Perdana Menteri Britain, David Cameron (kiri) ketika bertemu keluarga pelarian Syria di kem penempatan Lembah Bekaa di sempadan Syria-Lubnan pada 14 September. – AFP
Perdana Menteri Britain, David Cameron (kiri) ketika bertemu keluarga pelarian Syria di kem penempatan Lembah Bekaa di sempadan Syria-Lubnan pada 14 September. – AFP

Sementara di Beirut, Cameron juga telah mengadakan lawatan mengejut ke sebuah kem pelarian Syria di Lubnan, dengan mengatakan bantuan tambahan akan dapat membantu krisis migrasi di Eropah.

Lawatan itu yang juga termasuk rundingan dengan perdana menteri Lubnan dan mengatakan akan menggandakan sokongannya bagi sekolah-sekolah Lubnan kepada 20 juta paun setahun bagi tiga tahun akan datang bagi membantu mereka mengajar kanak-kanak pelarian Syria serta Lubnan.

Ketika Cameron tiba, pejabatnya mengeluarkan butiran tentang bagaimana 100 juta pound tambahan dalam bantuan Britain bagi pelarian Syria, yang diumumkan minggu lepas, akan dibelanjakan.

Menurutnya, merangsang bantuan kepada negara-negara yang menempatkan pelarian adalah kunci bagi menangani krisis penghijrah yang menyaksikan berpuluh ribu orang membanjiri masuk ke Eropah untuk mencari perlindungan.

“Sekitar tiga peratus daripada penduduk 11 juta Syria terpaksa lari dari negara mereka untuk mencari perlindungan di Eropah,” kata Cameron.

“Tanpa bantuan Britain, ratusan ribu lagi akan merisikokan nyawa mereka mencari kehidupan di Eropah, oleh itu dana ini adalah sebahagian daripada pendekatan komprehensif bagi menangani penghijrahan dari rantau itu.”