Campur tangan Moscow, Erdogan beri amaran

Campur tangan Moscow, Erdogan beri amaran

ISTANBUL, 7 Okt (AFP) – Pemimpin Turki Recep Tayyip Erdogan mengingatkan Moscow supaya jangan mengambil ‘langkah yang tidak diingini’ semalam ekoran tuduhan mengatakan Rusia sengaja mencabul ruang udara Turki dalam kempen pengebomannya di Syria.

Jet pejuang Rusia memasuki ruang udara Turki dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu, mendorong Ankara menghubungi duta Rusia dua kali untuk membantah kedua-dua pencabulan itu.

Sementara itu, tentera Turki telah berkata jet pejuangnya diganggu oleh kapal terbang MIG-29 dari sebuah negara yang tidak dikenalpasti berhampiran Syria pada Ahad dan Isnin.

Dalam kata-kata paling kerasnya, presiden Turki mengecam serangan berkenaan dengan berkata “beberapa langkah yang tidak diingini telahpun diambil dan Turki tidak layak menerimanya.”

“Sudah tentu adalah mustahil untuk bersabar mengenai isu ini,” tambah beliau ketika dalam rangka lawatan beliau ke Belgium.

Erdogan mengingatkan Moscow supaya jangan mengambil ‘langkah yang tidak diingini’ ekoran pencabulan ruang udaranya - Reuters
Erdogan mengingatkan Moscow supaya jangan mengambil ‘langkah yang tidak diingini’ ekoran pencabulan ruang udaranya – Reuters