Campur tangan Obama beri impak negative

Campur tangan Obama beri impak negative

LONDON, 24 April – Presiden AS Barack Obama telah menambah amarannya tentang pengaruh sejagat Britain yang berkurang sekiranya ia meninggalkan EU (Brexit), dengan memberi amaran boleh mengambil masa sepuluh tahun untuk mencapai perjanjian UK-AS.

Dalam temu bual dengan siaran BBC pada hari terakhir lawatan empat hari beliau ke Britain hari ini, Obama berkata Britain akan ‘kekurangan pengarah sejagat’ jika ia mengundi untuk meninggalkan EU dalam referendum bulan Jun.

Berhubung prospek Britain mencapai perjanjian perdagangan dengan AS selepas Britain keluar dari EU, Obama berkata ‘Mungkin mengambil masa lima tahun dari sekarang, 10 tahun dari sekarang sebelum kita sebenarnya dapat melakukan sesuatu sebenarnya,” UK tidak akan dapat merundingkan sesuatu dengan AS lebih cepat dari EU,” katanya.  “Kami akan meninggalkan usaha kami untuk merundingkan perjanjian damai dengan rakan dagangan terbesar kami, pasaran Eropah.”

Ulasan beliau adalah yang terbaru dalam siri-siri amaran tentang kesan dari Britain keluar dari keanggotaan EU yang telah menambah lagi perdebatan hangat yang sudah pun hangat dan mengakibatkan respons marah dari para pengkempen anti EU.  Mereka membayangkan Obama sebagai campur tangan dan mempersoalkan sama ada beliau mungkin menjadi anti Britain.

Sementara sebilangan ulasan dari Datuk Bandar London Moris Johnson dan yang lain telah dilihat sebagai  perkauman, Rumah Putih menyedari tentang risiko dilihat sebagai campur tangan.  Tetapi menimbangkan risiko itu, Obama nampaknya memutuskan bahawa adalah penting untuk cuba mengelak kekalahan referendum yang dilihat tidak membawa kebaikan. – AFP

Barack Obama (tengah), bercakap kepada John B. Emerson, Duta Amerika Syarikat ke Jerman (kanan), dan Stephan Weil, Gabenor negeri Jerman Lower Saxony (dua kanan), sejurus tiba di lapangan terbang di Hannover, utara Jerman, Kelmarin. – AP
Barack Obama (tengah), bercakap kepada John B. Emerson, Duta Amerika Syarikat ke Jerman (kanan), dan Stephan Weil, Gabenor negeri Jerman Lower Saxony (dua kanan), sejurus tiba di lapangan terbang di Hannover, utara Jerman, Kelmarin. – AP