Camry terbaru, mewah dan selesa

Camry terbaru, mewah dan selesa

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Mewah dan berteknologi tinggi dengan reka bentuk lebih sportif, itulah yang dapat dilihat pada model terbaru Camry keluaran Toyota.

Pengamal media tempatan, hari ini, berpeluang mencuba sendiri kehebatan model terbaru berkenaan dalam sesi uji pandu yang diadakan oleh NBT (B), ini termasuk wartawan Media Permata yang diberi peluang menguji pandu dua varian yang diperkenalkan di pasaran negara ini, iaitu model 2.0 liter dan 2.5 liter.

Walaupun perjalanan dari bilik pameran Toyota NBT (B) Sdn Bhd, Gadong menuju ke Mangrove Resort di Sungai Besar, selama 40 minit, cukup ringkas namun ia sudah memadai untuk merasakan sendiri kehebatan Camry.

Sebaik memasuki Camry 2.0, apa yang penulis dapat lihat adalah ia mempunyai ruang dalam yang luas dengan papan pemuka direka sempurna dan tampak moden.

Memulakan perjalanan menuju ke destinasi, penulis mengambil kesempatan untuk mencuba pelbagai fungsi yang terdapat bagi memudahkan pemanduan.

Media diberi peluang untuk menjalankan uji pandu Toyota Camry serba baru.
Media diberi peluang untuk menjalankan uji pandu Toyota Camry serba baru.
Lebih inovatif dan mewah terutama di bahagian depan yang menampilkan krom bentuk trapezoidal di bahagian gril hadapan.
Lebih inovatif dan mewah terutama di bahagian depan yang menampilkan krom bentuk trapezoidal di bahagian gril hadapan.

Toyota Camry yang sememangnya terkenal dengan kualiti tinggi dan reka bentuk mewah masih mengekalkan ciri-ciri berkenaan pada model baru ini, tetapi dipertingkat lebih hebat.

Camry 2015 dilengkapi enjin 2.0 dan 2.5 liter empat silinder DOHC Dual VVT-iW dengan transmisi automatik enam kelajuan bagi menggantikan transmisi empat kelajuan pada model sebelumnya.

Dari segi reka bentuknya, ia tampak lebih inovatif dan mewah terutama di bahagian depan yang menampilkan krom berbentuk trapezoid di bahagian gril depan, manakala itu, bahagian belakang kelihatan lebih lebar.

Dengan teknologi kedap bunyi, penulis tidak mempunyai masalah untuk berbual dengan pegawai NBT, tanpa gangguan bunyi angin ataupun bunyi enjin kereta.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah skrin digital kecil di bahagian odometer yang memaparkan maklumat pemanduan dan status kereta termasuk mengenai keselamatan, penggunaan minyak, panggilan telefon, keadaan kereta, perjalanan dan banyak lagi.

Apa yang dapat dipuji mengenai kereta ini adalah sistem penjimatan minyak yang terjamin.

pg08_150604_f

Toyota Camry dimuatkan dengan enjin DOHC Dual VVT-i.
Toyota Camry dimuatkan dengan enjin DOHC Dual VVT-i.
Camry dilengkapi dengan HID LED DRL lampu keselamatan memandu di waktu pagi.
Camry dilengkapi dengan HID LED DRL lampu keselamatan memandu di waktu pagi.
Skrin digital kecil di bahagian odometer untuk memberi maklumat keselamatan, penggunaan minyak, panggilan telefon, keadaan kereta, perjalanan dan banyak lagi.
Skrin digital kecil di bahagian odometer untuk memberi maklumat keselamatan, penggunaan minyak, panggilan telefon, keadaan kereta, perjalanan dan banyak lagi.

Selain memberi amaran penggunaan minyak berlebihan semasa memandu, sebaik sahaja berhenti skrin juga akan memaparkan keseluruhan penggunaan minyak dalam setiap perjalanan.

Sementara itu, perjalanan dari Sungai Akar menuju ke Kampung Mentiri memberi peluang kepada penulis untuk mencuba prestasi model 2.5 liter yang mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 200 kuasa kuda. Pecutan tidak menjadi masalah kerana model ini dikuasakan dengan tork 231 bersamaan 4,100 rpm.

Daripada aspek keselamatan pula, ia dilengkapi dengan tujuh beg udara bagi versi 2.5L dan empat beg udara bagi versi 2.0L.

Selain itu, tempat duduk Camry direka khas bagi menjaga kecederaan leher jika berlakunya kemalangan.

Antara ciri-ciri keselamatan lain ialah Anti-Lock Braking System (ABS), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Hill-Starting Assist Control (HAC), sensor sudut dan undur serta kamera undur.

ARTIKEL YANG SAMA