Canberra digesa fikir semula pelaburan asing

Canberra digesa fikir semula pelaburan asing

MELBOURNE, 12 Okt – Parti pembangkang Australia, Parti Buruh mahu kerajaan persekutuan memikirkan semula perubahan kepada pelaburan asing dalam perniagaan pertanian dengan memberi amaran mengenai sistem dua peringkat yang diamalkannya.

Kerajaan berharap untuk melaksanakan pembaharuan, dijadual bermula pada Disember, mengurangkan pelaburan dalam perniagaan pertanian kepada A$55 juta(A$1=RM3.09).

Tetapi jurucakap perdagangan pembangkang, Penny Wong memberitahu ABC TV, peraturan itu dikenakan kepada pelabur China, bukan kepada pelabur Amerika dan menggesa kerajaan memikir semula kedudukannya. – Bernama