Cancellara bimbang

Cancellara bimbang

ANTWERP, Belgium, 6 Julai (AFP) – Fabian Cancellara berkata jika dia kehilangan jersi kuning Jelajah Perancis di Mur de Huy, dia boleh mendapatkannya kembali dalam perlumbaan di atas jalan sehari kemudian.

Pakar ujian masa dan klasik sehari dari Switzerland berusia 34 tahun itu terlepas jersi kuning hanya enam saat pada peringkat pembukaan Sabtu lalu, pusingan uji masa Utrecht.

Tetapi ketika Rohan Dennis dari Australia berada di sebalik pelanggaran dan angin kencang semalam, Cancellara mendahului perlumbaan dengan tiga saat di depan Tony Martin.

Cancellara selesai di tempat ketiga di belakang Andre Greipel dan Peter Sagan pada peringkat 166km dari Utrecht ke Zeeland dan mendapatkan bonus empat saat untuk mengatasi Martin dengan jersi kuning ketika Dennis mencatatkan hampir seminit setengah di belakang.

Penyudah peringkat ketiga hari ini adalah pendakian pendek dan tajam 1.3 km di gelar Mur (dinding) du Huy. Ia adalah penyudah tradisi perlumbaan klasik Fleche Wallonne Ardennes April lalu yang dimenangi oleh Alejandri Valverde dari Sepanyol dua tahun lepas.

Cancellara menyarungkan jersi kuning di podium selepas mengungguli peringkat kedua 166km Jelajah Perancis Utrecht ke Pulau Neeltje Jans di wilayah Zeeland, Belanda semalam. – AFP
Cancellara menyarungkan jersi kuning di podium selepas mengungguli peringkat kedua 166km Jelajah Perancis Utrecht ke Pulau Neeltje Jans di wilayah Zeeland, Belanda semalam. – AFP

Cancellara tidak pernah berlumba dalam Ardennes Classic walaupun dia adalah pakar di atas jalan dan pemenang tiga kali Paris-Roubaix dan Jelajah Flanders.

Peringkat keempat Selasa lalu menggunakan sebahagian jalan Jelajah Paris-Roubaix dan penunggang trek itu percaya ia akan memberikannya peluang untuk mengembalikan pendahuluan yang hilang hari ini.

“Perkara teruk ialah saya tidak pernah melakukannya di Mur de Huy jadi (hari ini) adalah utama. Pada akhirnya saya tidak melihatnya sebagai Fleche, ia adalah Jelajah Perancis dan ia cukup bagus,” katanya.

“Saya tahu apa yang saya lakukan (hari ini), berlumba di depan dan keluar daripada huru–hara. (Ahad) adalah sama.

“Di kepala saya sebenarnya untuk berusaha pada Isnin agar tidak kehilangan terlalu banyak masa dan kemudian mungkin mendapatkannya kembali di peringkat jalan,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA