Candas meriahkan Tahun Monyet

Candas meriahkan Tahun Monyet

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Monyet dalam Kalender Cina, Syarikat Candas Creative telah mengadakan rumah terbuka bagi rakan kongsi dan para pelanggan syarikat berkenaan.

Majlis yang berlangsung di Bangunan Suria Kiulap itu merupakan yang pertama kalinya diadakan dan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara para pelanggannya dan rakan kongsi syarikat berkenaan.

Syarikat Candas atau yang bermaksud Creative Academy of the Narrative and Dramatic Arts and Science telah ditubuhkan pada awal tahun 2012, merupakan sebuah syarikat penerbitan yang menghasilkan filem pendek dan videografi.

Warga Syarikat Candas Creative yang sama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina di Bangunan Suria Kiulap.
Warga Syarikat Candas Creative yang sama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina di Bangunan Suria Kiulap.

ARTIKEL YANG SAMA