Cantador akan bersaing semula

Cantador akan bersaing semula

MADRID, 16 Feb – ketua pelumba Tinkoff Alberto Contador, berkata beliau telah memikirkan idea untuk melancarkan pasukan profesional sendiri pada tahun 2017, tidak menolak dirinya sebagai ahli pasukan yang berpotensi.

Jika tidak berlaku kecederaan atau kemalangan, pelumba Contador yang berusia 33 tahun itu menjangkakan sesuatu kejayaan secara meluas pada musim ini.

Pelumba kelahiran Madrid itu juga menyasarkan Tour de France dan Sukan Olimpik Rio sebagai satu cabaran dan menegaskan beliau mahu melakukan yang terbaik.

“Saya mempunyai dua pilihan dalam kepala saya, satu adalah untuk meneruskan perjalanan saya walaupun saya mengalami kejadian yang tidak diingini dalam Jelajah, seperti yang saya lakukan pada tahun 2014, dan yang lain adalah untuk melancarkan satu pasukan profesional,” kata Contador, pemenang Vuelta tiga kali ( 2008, 2012, 2014), juara dua Giro (2008, 2015) dan dua kali pemenang Tour de France (2007, 2009).

Menurutnya lagi pilihan kedua itu adalah sesuatu yang ‘rumit’ dan melibatkan ‘ peruntukkan yang sangat tinggi’ iaitu kira-kira 15 juta euro untuk satu pasukan bagi bersaing di peringkat World Tour.

Contador, yang telah dilucutkan daripada Tour de France 2010 dan gelaran Giro 2011 atas ujian doping yang positif, berkata, beliau hanya melibatkan diri berdaya saing dalam perlumbaan secara berpasukan.

“Jika ia tidak dapat menyokong saya kepada peringkat yang lebih tinggi, ia mungkin tidak begitu menarik bagi saya,” kata pemain Sepanyol sambil memuji pelumba British Team Sky, Chris Froome.

“Tiada pasukan lain yang mampu berada pada tahap di mana mereka berada,” katanya. “Mereka boleh hanya menghantar kira-kira dua pasukan penuh untuk Tour de France.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA