Cantona: Mourinho bukan pilihan terbaik

Cantona: Mourinho bukan pilihan terbaik

LONDON, 25 Mei – Jose Mourinho dijangka akan dinamakan sebagai pengurus baru Manchester United meskipun bekas pemain ternama kelab tersebut, Eric Cantona mengatakan bos Manchester City yang baru, Pep Guardiola adalah pilihan yang lebih baik.

Ejen Mourinho, Jorge Mendes telah membuat rundingan dengan eksekutif United, naib pengerusi Ed Woodward di London kelmarin selepas rejim dua tahun Louis van Gaal di Old Trafford berakhir dengan pemecatannya sehari sebelum.

Bekas bos Chelsea Mourinho dilaporkan telah menerima tawaran tiga tahun perjanjian bernilai AS$21 juta setiap musim dan diberikan hak pertukaran pemain kira-kira 200 juta pound untuk menghidupkan kembali kelab bermasalah Liga Perdana itu.

Penetapan perjanjian dapat dimuktamadkan secepat Rabu, tapi Cantona, yang mana gol-golnya telah membantu United untuk memenangi empat gelaran Liga Perdana pada tahun 1990-an, berkata cara permainan pertahanan pengurus Portugis itu adalah orang tidak betul untuk jawatan itu.

“Guardiola sepatutnya memegang jawatan itu,” Cantona memberitahu akhbar The Guardian.

Bekas bintang Manchester United, Eric Cantona berpendapat bahawa Mourinho bukanlah pilihan terbaik buat kelab itu. – AFP
Bekas bintang Manchester United, Eric Cantona berpendapat bahawa Mourinho bukanlah pilihan terbaik buat kelab itu. – AFP

“Beliau lah sepatutnya mengubah Manchester (United). Beliau berada di Manchester, tapi di tempat yang salah.” Komen-komen Cantona hanya akan membakar dendam peribadi di antara Mourinho dan Guardiola.

Mourinho dijangka akan menyertai United tatkala Guardiola menyertai pesaing mereka Manchester City dari Bayern Munich.

Ketika Mourinho memimpin Real Madrid dan Guardiola di Barcelona, Mourinho hanya memenangi tiga daripada 16 perlawanan mereka.

“Saya suka Jose Mourinho, namun dari segi cara bola sepak yang beliau mainkan, Saya tidak rasa dia Manchester United,” ujar Cantona, yang menyambut hari jadinya ke-50 kelmarin.

Mourinho, berkemungkinan akan diperkenalkan ke pihak media hujung minggu ini, dan dijangka akan membawa penolong lamanya Rui Faria dan jurulatih penjaga gawang Silvino Louro bersamanya, bermakna penolong-penolong jurulatih van Gaal Albert Stuivenberg dan Frans Hoek, dan juga penganalisis prestasi Max Reckers, semuanya mungkin akan dibuang.

Ini bermakna hanya tinggal Ryan Giggs sahaja sebagai ahli terakhir van Gaal dalam pasukan dan masa depannya kini tidak menentu selepas laporan-laporan mengatakan dia ditawarkan jawatan yang bukan senior oleh Mourinho.

Giggs, dianggap sebagai salah satu pemain terbaik sepanjang masa United, telah bersama kelab selama 29 tahun dan dikatakan telah pergi ke Dubai untuk mempertimbangkan pilihannya sebelum memberikan jawapan kepada Mourinho. – AFP