Capai hasrat jadi Muslimah

Capai hasrat jadi Muslimah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Setelah mendalami agama Islam sejak Tingkatan 6, seorang wanita tempatan berbangsa Cina akhirnya menjadi Muslimah sejati setelah melafazkan dua kalimah syahadah, baru-baru ini.

Majlis pengislaman Dayang Hiew Jong Chin, 28, yang kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Nurul Arraiyania Akmal binti Abdullah, berlangsung di kediaman bapa angkatnya, Awang Madali bin Haji Yusuf di Kampung Perpindahan Lambak Kanan, pada 12 Jun lalu.

Semasa ditemui, Dayang Nurul Arraiyania Akmal memberitahu, beliau telah mendalami pengetahuan agama Islam sejak belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong.

“Saya mula mengetahui hal agama Islam sejak dahulu lagi dan adik angkat saya banyak membantu saya dalam memberikan penerangan dan contoh yang sewajarnya saya ketahui dan ia menjadi pemangkin hasrat saya yang semakin kuat,” ujarnya.

Dayang Nurul Arraiyania Akmal bergambar ramai bersama ahli keluarga angkatnya.
Dayang Nurul Arraiyania Akmal bergambar ramai bersama ahli keluarga angkatnya.

Beliau akan menyertai kursus anjuran Pusat dakwah Islamiah khusus buat saudarasaudara baru dan menyatakan komitmennya untuk meneruskan hasrat mendalami ilmu agama Islam melalui kursus itu nanti.

ARTIKEL YANG SAMA