Car boot LLRC 29 Mei ini

Car boot LLRC 29 Mei ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mei – Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) akan mengadakan jualan car boot pertamanya di padang bola sepak kelab berkenaan pada 29 Mei 2016 ini.

Sehubungan itu, orang ramai dari keempat-empat dialu-alukan untuk menyertai acara tersebut, di mana sebanyak 30 ruang disediakan untuk disewa dengan bayaran $25 setiap satu.

Acara ini bukan saja dibukakan kepada para penjual untuk menjual barangan terpakai atau baru tetapi turut mengalu-alukan para penjual yang mahu memperagakan produk atau perkhidmatan mereka.

Penganjuran jualan ini bertujuan untuk menyatukan masyarakat dan menggalakkan keusahawanan dalam kalangan rakyat Brunei dari semua peringkat usia.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang memenangi baucar bernilai $400 dengan menyertai peraduan #LakastahjoinLLRC_CarBoot-Sale yang telah bermula 16 Mei lalu dan akan berakhir pada 25 Mei 2016.

Butiran peraduan boleh diperolehi di laman Facebook rasmi LLRC iaitu Liang Lumut Recreation Club dan laman Instagram di @IGLLRC.

Bagi maklumat lanjut atau pun pertanyaan, orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 3236015 atau e-mel ke alamat llrc.brunei@gmail.com.

ARTIKEL YANG SAMA